Tuesday 25 September 2012

Pembangunan Berpoket (Pocket Developmnent)

Apa itu pembangunan berpoket atau 'pocket development'?????

Pembangunan berpoket (pocket development) dapat didefinisikan sebagai pembangunan yang dijalankan dalam skala dan luas kawasan yang kecil. Kebanyakkan pemaju khususnya pemaju yang tidak mempunyai modal yang besar untuk menjalankan sesebuah projek, maka mereka lebih cenderung untuk menjalankan pembangunan berpoket ini kerana mereka tidak perlu menyediakan modal yang besar untuk mendapatkan tanah dan menjalankan kerja-kerja pembangunan tetapi menguntungkan khususnya pembangunan rumah mewah. Namun, pembangunan berpoket ini menjadi salah satu isu pembangunan kerana terdapat beberapa kesan negatif yang berlaku akibat pembangunan berpoket ini khususnya di kawasan pinggir bandar yang mengalami rebakan bandar. 

Masalah rebakan bandar membawa impak yang serius khususnya terhadap kawasan kampung. hal ini dapat dilihat kepada kes-kes yang berlaku ke atas kampung-kampung yang terletak di pinggir bandar dalam wilayah metropolitan yang menjadi medan pertembungan kepada perubahan fizikal dan bukan fizikal. Kepesatan pembangunan terancang menyebabkan kampung pinggir bandar kian terhimpit dalam arus perkembangan pembandaran. Sebahagiannya mengalami perubahan ciri-ciri dan identiti kawasan, manakala penduduknya terpaksa menghadapi pengaruh pembandaran yang semakin meningkat terutama dalam aspek suasana kediaman, ekonomi dan pekerjaan, serta corak hidup. Kawasan persekitaran kampung di pinggir bandar pula berdepan masalah pembangunan berpoket.

Kesan ketara daripada pembangunan berpoket ialah lupusnya kampung-kampung tradisi, melenyapkan suasana kejiranan dan kepekaan pada kawasan (sence of place) dan menjejaskan kualiti dan corak hidup penduduk dan pengasingan masyarakat. Banyak juga kampung-kampung tradisi di pinggir bandar perlu dipertahankan lenyap begitu sahaja akibat dilanda arus rebakan bandar.

Selain itu, hasil daripada pembangunan berpoket ini menyebabkan pembangunan antara kawasan menjadi tidak sekata dan tersusun dengan baik. Hal ini dapat dilihat melalui aspek kemudahan awam yang dibangunkan atau disediakan tidak selari atau tidak berhubung antara kawasan. Jadi, interaksi antara masyarakat khususnya antara pembangunan berpoket atau kawasan tidak berjalan dengan baik malahan tidak terdapat interaksi sama sekali. Hal ini mewujudkan corak kehidupan yang tidak sihat yang mengurangkan semangat kejiranan antara masyarakat.


TETAPI,......
 
Pembangunan berpoket ini turut memberikan kesan yang positif kepada orang ramai dan tempat yang dibangunkan. 

Nilai positif pembangunan berpoket:
 
1. Membangunkan sesebuah kawasan terbiar yang mampu menjadi kawasan baru yang lebih menarik.
2. Membangunkan semula kawasan atau tapak bangunan yang telah using dan ditinggalkan.
3. Mengubah keadaan sesebuah kawasan untuk menjadi suatu kawasan baru yang lebih menarik.
4. Menonjolkan peluang atau kekuatan sesebuah kawasan.

Antara contoh pembangunan berpoket yang berjaya dan menarik ialah:
 
1. White Salmon’s Wyers End Pocket Neighborhood
Kawasan pembangunan berpoket ini merupakan kawasan kediaman yang terletak di White Salmon, Washington Amerika Syarikat. Di kawasan pembangunan berpoket ini, telah dibangunkan pada tahun 2008 sejumlah 28 unit rumah kluster yang berkumpul di sekeliling kawasan hijau yang dikongsi oleh seluruh penduduk di kawasan tersebut. Pembangunan kawasan ini sangat tersusun dengan kemudahan jaringan jalan yang baik, di samping kemudahan kawasan hijau yang mampu meningkatkan perhubungan antara masyarakat. Terdapat masalah di dalam syarat pembinaan seperti  lebar jalan, pengendalian air hujan, tempat letak kereta, kaki lima, tetapi syarat tersebut telah diubah dalam tempoh setahun.
Site plan bagi White Salmon’s Wyers End Pocket Neighborhood
 
Laluan kenderaan di kawasan Wyers End
Rumah di kawasan Wyers End
 
2. 36th Street Garden Center
Kawasan pembangunan berpoket ini pula merupakan sebuah kawasan pembangunan bercampur yang terletak di persimpangan 36th Street, Catalpa Drive dan Hill Road di Bandar Boise, Idaho, Amerika Syarikat. Kawasan berpoket ini mempunyai keluasan seluas 6.56 ekar yang berorientasikan laluan pejalan kaki yang menempatkan beberapa jenis pembangunan iaitu 15 unit rumah, 10 unit rumah/pejabat, 4 unit kedai/pejabat 3 tingkat dan 1 taman utama.  Pembangunan kawasan berpoket ini sangat tersusun yang meliputi jaringan perhubungan untuk kenderaan dan pejalan kaki yang baik, kawasan hijau yang menarik dan pembangunan bercampur yang meliputi semua aspek.

 Site plan bagi 36th Street Garden Center

36th Street Garden Centre & Bistro

Kedua-dua contoh ini menunjukkan bahawa pembangunan berpoket bukan sahaja memberikan kesan yang negatif kepada pembangunan atau persekitaran sesebuah kawasan. pembangunan berpoket ini turut mampu memberikan kesan yang positif kepada persekitaran sekiranya pembangunan berpoket tersebut dapat dirancang dengan baik dan mendapat kawalan yang lebih tegas dan tersusun oleh pihat berkuasa. jadi, seharusnya kita sebagai perancang bandar masa hadapan mampu menjadikan pembangunan berpoket ini sebagai salah satu langkah pembangunan yang mampu mewujudkan kawasan-kawasan yang lebih maju, berdaya saing, menarik dan hidup untuk keselesaan orang ramai seterusnya mampu dikongsi bersama di antara masyarakat setempat.




Tuesday 18 September 2012

Saya Budak Baru Belajar...

Test 1 2 3..........

Pertama kali post kt blog sendiri.....
Khas untuk subjek elektif perbandaran.....
Khas juga untuk Dr. Anuar Amir.....

Untuk post pertama:

MAKSUD PEMBANDARAN/URBANISASI:

Pembandaran/urbanisasi ialah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks sifatnya seperti dari bandar kecil ke bandar sederhana dan akhirnya menjadi bandar raya.